Here i am, making new post, again, di awal tahun baru. Rasanya sudah beberapa tahun aku menulis setiap tahun sebagai peringatan untuk aku akan apa yang berlaku sepanjang tahun yang sudah. Kadangkala tergelak sorang2 bila baca. Betapa banyak masalah, perkara, dan kenangan yang tertulis, yang boleh difahami atau yang terlindung dari pandangan orang lain.
Post2009
Post2010
Post2011
Post2012 - Mungkin tahun ni tahun sibuk, terlupa untuk menulis.
Dan sekali lagi aku menulis, pada awal tahun baru, untuk tahun 2013, hanya sekadar bercerita, dan sebagai satu diari, untuk ingatkan aku akan apa yang telah ak dapat dan apa yang aku hilang. Mungkin bila kau baca post2 yang lepas, akan ada perasaan meluat dan geli, "eh emosi sia mamat ni" and yes, aku sendiri pun bila baca post yang lepas, aku akan kata kat diri sendiri, "Kau dah kenapa, paez. Emosi gila." dan aku sendiri rasa nak delete post2 yang lepas. Haha tp ak decide untuk simpan, sekadar cerita yang lepas.
*mungkin nak kawen nanti ak baru padam semua. Tak best jugak kalau famili sendiri baca blog ni. Hehe.
2013: Full of surprise and unexpected event.
Banyak perkara yang tidak dijangka, banyak perkara yang sukar dipercayai, berlaku pada tahun 2013. Perubahan diri, keadaan, cuaca, perasaan dan pelbagai lagi. Pelbagai cubaan dan cabaran aku redah demi mencari diri sendiri dalam kesesakan manusia dan perasaan. Dan pelbagai ragam dan tindakan manusia sekeliling yang kadangkala buat aku tergamam, excited, sedih dan sebagainya.
This is the story of my life.
Banyak perkara yang aku selindungkan, and one of them is the story of my love. Aku mengharapkan yang terbaik, tapi mungkin ada yang lebih baik, untuk aku dan untuk dia. Mungkin sesetengah mengetahuinya, mungkin ada yang masih tertanya2, tapi apa yang aku boleh aku katakan, ianya sudah tertulis begitu. Jangan tanya aku kenapa, sebab aku sendiri tiada jawapan. Semua menjadi tanda tanya tapi aku tinggalkan dan biarkan ia kekal sebagai soalan yang tiada jawapan. Mungkin lebih mudah untuk ak terima.
Ada perkara yang baru berlaku kat aku, something i like to call "Unexpected event". And yes, once i feel very happy. Tapi itu semua kenangan yang hanya akan bermain dalam otak aku, sampai bila2. Sesetengah orang terlibat didalam "Unexpected event" dan kepada mereka, terima kasih kerana "memberikan kelainan" dan mewarnakan hidup aku untuk 2013.
This will be my last year in MMU, and of cos this will be the most memorable year in my study life. Banyak perkara yang berlaku didalam campus. Tahun 2013, aku banyak menghabiskan masa di campus. Kurang keluar diluar cyberjaya. Semestinya banyak perkara berlaku didalam campus dan area cyberjaya.
Ada perkara yang aku harapkan akan menjadi kenangan tahun terakhir aku, tapi ak hampa bila terasa dipulaukan. Sedikit hampa kerana aku mengharap ia menjadi salah satu kenangan manis sepanjang di dalam penglibatan aku dlm aktiviti kokurikulum, tapi mungkin bukan tu yang tertulis untuk aku. It's someone else sweet memory, but not mine.
Boleh kata, ak banyak memendam tahun ni, dan belajar untuk tidak memikirkan sangat. Salah seorang yang mengajar aku untuk jadi begitu adalah seorang kawanku, satu malam, ketika nak tido. Kih kih kih.
"aku dulu mcm kau jugak, jaga hati orang lain, care pasal orang lain, tapi apa aku dapat? Kau boleh bimbang, kau boleh sayang, tapi sampai satu tahap, kau kene fikir, bebaloi ke? Kau boleh cakap, tapi kalau diorang taknak ambik tahu, selebihnya bukan kerja kau. Jangan fikirkankan sangat pasal orang lain, fikirkan diri sendiri dulu. Dont care too much about others accept ya family"
Alhamdulillah, dalam tak best2 ada perkara yang terbaik. Ada masa aku akan gembira, dengan kawan dan keadaan sekeliling. Dan segala kenangan tu akan sentiasa ada dalam hati aku.
1) Untuk kawan2 aku yg tk dpt atau tak sempat untuk luangkan masa bersama, maafkan aku kerana hilang seketika.
2) Untuk mereka yang selalu ada dan melepak bersama, terima kasih kerana menemani.
3) Dan untuk mereka yang tahu akan sedikit kisahku, terima kasih kerana ada.
4) Dan untuk kamu, aku doakan yang terbaik dan kebahagian untuk hari mendatang.
Farewell 2013. Aku tinggalkan sedikit perkara di belakang. Bukan untuk dilupakan, tapi untuk dikenang ketika aku memandang sejenak kebelakang, dan untuk meringankan beban melangkah kedepan,
No comments:
Post a Comment